Lionel Messi memadamkan kerisauan mengenai hubungannya dengan Antoine Griezmann dengan menegaskan bahawa dia tiada masalah untuk bergandingan dengan pemain itu walaupun bintang Perancis berkenaan mendakwa gandingan mereka masih tiada persefahaman.
Messi melakukan penampilan kedua dalam kesebelasan utama Barca musim ini ketika membantu kemenangan 2-1 ke atas Inter Milan dalam perlawanan Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah di Camp Nou awal pagi tadi.
Bintang Argentina itu membantu jaringan kemenangan Luis Suarez pada lewat permainan.
Ia merupakan jaringan kedua Suarez dalam perlawanan itu selepas terlebih dahulu memadamkan kelebihan Inter menerusi gol pembukaan Lautaro Martinez pada minit kedua.
Messi memaparkan aksi yang menutup keraguan mengenai tahap kecergasannya gara-gara kecederaan yang dianggap Griezmann sebagai punca gandingan itu tidak dapat memupuk hubungan yang baik.
Griezmann, yang tiba daripada Atletico Madrid dalam jendela perpindahan lalu, turut berkata dia dan Messi tidak banyak bercakap dan ia menjadikan proses penyesuaian mereka lebih sukar.
Messi, bagaimanapun, menganggap tiada isu besar di antara mereka.
"Sudah jelas, kami tiada sebarang masalah," katanya kepada wartawan.
"Terdapat hubungan yang baik sesama pemain, kami amat bersatu.
"Kami sedar ia bukanlah waktu terbaik, kami memerlukan kemenangan ini untuk kembali ke landasan yang tepat, jadi selepas ini, kami boleh meningkat lagi," katanya.
Messi turut berasakan kempen pramusim Barca telah menyebabkan juara LaLiga itu menghadapi permulaan goyah musim ini.
"Kami di landasan yang betul, kami sedar ia merupakan waktu yang sukar tetapi di Eropah, semua pasukan besar bergelut untuk memulakan musim.
"Aksi pramusim telah menyebabkan kami berasa letih, dengan kunjungan pramusim itu, anda tidak dapat berlatih dengan baik.
"Saya tidak melihatnya sebagai satu kritikan, ia adalah realiti.
""Saya faham keinginan kelab ini terhadap perlawanan-perlawanan berkenaan, semua pasukan besar melakukannya dan ia berpatutan.
"Sedikit demi sedikit, kami mula menyesuaikan diri dengan kejohanan," tambahnya.