Skip to main content

Bola Sepak

Messi terpukau dengan Busquets selepas tiga hari berlatih -- Guardiola

messi.jpg
Lionel Messi tertarik dengan Sergio Busquets selepas hanya menjalani tiga sesi latihan di Barcelona, kata Pep Guardiola.

Busquets, 30, bermain di bawah bimbingan Guardiola di Barcelona B sebelum mengikuti jejak jurulatih itu ke pasukan senior pada 2009.

Sejak itu, pemain tengah Sepanyol berkenaan telah berkembang menjadi pemain utama di Camp Nou -- memenangi tujuh gelaran LaLiga dan tiga mahkota Liga Juara-juara (UCL) selain deretan trofi yang lain.

Guardiola mendedahkan Messi dengan pantas menyukai apa yang dilihatnya semasa Busquets menjalani latihan dengan gergasi LaLiga itu.

"Saya masih ingat lagi apa yang Messi beritahu saya," Guardiola berkata kepada Universo Valdano.

"Selepas dua atau tiga hari berlatih dengannya, dia datang kepada saya dan berkata, 'Saya suka pemain ini' lalu saya berkata, 'Apabila ada masalah, dia akan berada di sana'."

Guardiola menambah: "Dia melakukan segala-galanya untuk mereka yang berada ada di sekelilingnya."

Advertisement

Must Watch Video