Skip to main content

Bola Sepak

Messi telah jadi pemain terbaik dunia, Yamal 'genius' baru -- Laporta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yamal.jpg
Presiden Barcelona, Joan Laporta, optimis Lamine Yamal merupakan 'genius' dan merupakan pemain sayap terbaik di dunia ketika ini.

Selepas kempen 2024/25 menyaksikan Yamal menjaringkan 13 gol dan 18 bantuan jaringan, malah pemain berusia 18 tahun itu juga mewarisi jersi nombor 10 yang pernah dipakai Lionel Messi sebelum ini.

Seperti Pep Guardiola, Laporta turut menggesa agar penyokong tidak membandingkan Yamal dengan Legenda Barcelona itu yang kini beraksi buat Inter Miami.

 


"Lamine Yamal adalah Lamine Yamal, Leo Messi ialah Leo Messi. Messi telah menjadi pemain terbaik di dunia, dan Lamine adalah pemain terbaik di dunia.

"Messi telah memenangi segala-galanya, Messi melakukan segala-galanya bagi saya mungkin terbaik dalam sejarah tetapi dunia terus berjalan dan muncul genius baru.




 
"Pemain genius baru yang muncul ketika ini adalah Yamal, Pedri dan Raphinha. Tidak ada terlalu ramai pemain seperti Yamal kerana dia seorang genius dan dia ada di peringkat tertinggi." katanya.

Advertisement

Must Watch Video