Pengurus Argentina, Lionel Scaloni, percaya ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi, berasa selesa di samping juara LaLiga itu.
Masa depan Messi menjadi topik perbincangan sejak barisan bintang kelab Catalan itu berselisih faham dengan Pengarah Bola Sepak, Eric Abidal.
Selepas Abidal mendakwa beberapa pemain tidak bekerja keras sebelum pemecatan Ernesto Valverde pada bulan lalu, Messi kembali menyerangnya di media sosial sekali gus menimbulkan keraguan tentang masa depannya di Camp Nou.
Scaloni, bagaimanapun, tidak kisah dengan situasi ketua pasukan Argentina dan pemenang enam gelaran Ballon d'Or itu yang kontraknya akan berakhir pada penghujung musim 2020-21.
"Saya melihatnya (Messi) dalam keadaan baik," kata Scaloni kepada wartawan.
"Tempoh hari, ketika bertemu Real Betis, dia merupakan pemain terbaik di atas padang walaupun tidak menyumbat gol. Dia memberikan bantuan jaringan dan terbabit dengan setiap peluang yang ada.
"Dia dalam keadaan yang baik-baik saja, dia selesa. Dia perlu menentukan masa depan sendirinya tetapi saya fikir dia dalam situasi selesa."
"Saya sama sekali tidak bimbang," tambahnya.
"Dia selesa bersama pasukan kebangsaan dan Barcelona. Apa yang akan berlaku pada masa depan, saya tidak dapat mengulasnya."
Argentina menduduki tempat ketiga Copa America 2019 tetapi pasukan bimbingan Scaloni itu akan sekali lagi berpeluang untuk memenangi juara Amerika Selatan berkenaan sebagai tuan rumah bersama Colombia.
Messi masih memburu gelaran senior pertamanya bersama skuad La Albiceleste itu yang muncul sebagai finalis Piala Dunia 2014 sebelum tewas dalam final Copa America pada 2015 dan 2016.
"Saya fikir adalah perkara penting untuk mencuba (memenangi Copa America). Dia tahu kami akan terus mencuba dan menjadi protagonis," katanya lagi.
"Dia (Messi) bukan satu-satunya individu yang ingin memenangi sesuatu untuk pasukan kebangsaan. Kami semua mahu menang termasuk jurulatih, rakan sepasukannya. Kami akan cuba dan berharap dapat melakukannya."
Argentina diundi dalam Kumpulan A (Zon Selatan) dalam Copa America 2020 yang turut disertai Chile, Uruguay, Paraguay, Bolivia dan pasukan undangan, Australia.
Juara dunia dua kali itu akan membuka tirai kejohanan dengan menentang Chile di Buenos Aires pada 12 Jun depan.
Editor: Shaiful Shamsudin