Giorgio Chiellini berkata dia amat bertuah untuk hidup sezaman dengan rakan sepasukannya di Juventus, Cristiano Ronaldo, dan bintang Barcelona, Lionel Messi, sambil membandingkan kedua-dua pemain itu dengan dua legenda tenis dunia, Roger Federer dan Rafael Nadal.
Ronaldo menanduk masuk golnya yang ke-601 untuk memberikan satu mata buat juara Serie A itu selepas mengikat Torino 1-1 dalam perlawanan 'derby' Turin di Stadium Allianz, awal pagi tadi.
Messi pula menjaringkan golnya yang ke-599 dan 600 buat Barcelona ketika menewaskan Liverpool 3-0 dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin dengan salah satunya menerusi sepakan percuma gemilang dari jarak 30 ela yang menewaskan Alisson.
Chiellini percaya dia amat bertuah untuk beraksi dalam era yang sama dengan kedua-dua pemain itu sambil membandingkan mereka dengan dua bintang terbesar sukan tenis.
"Kita amat bertuah untuk hidup sezaman dengan dua pemain bintang itu," kata pemain pertahanan itu kepada Sky Sport Italia.
"Kita boleh membandingkan mereka dengan Federer dan Nadal.
"Hari ini, Cristiano mungkin pemain terkuat di dunia dan hari berikutnya tiba giliran Messi pula, namun mereka sebenarnya adalah dua 'makhluk asing' yang memaparkan permainan berbeza buat kita."
Juve bukanlah pasukan terbaik dalam aksi 'derby' di Turin itu, namun Chiellini percaya skuad kendalian Massimiliano Allegri berkenaan telah menunjukkan kekuatan mental apabila bangkit daripada ketinggalan ketika berdepan Inter Milan dan Torino.
"Juventus memiliki jiwa dan hati.
"Ketika berdepan Inter dan Torino, kami tidak bermula baik, namun kami mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa kami boleh menjadi pasukan terkuat sejak dari mula hingga akhir.
"Kami mahu membuktikan yang kami layak memenangi Scudetto sehingga penghujung musim dan kami mahu memberikan diri kami semangat menjelang musim depan," tambahnya.
Dalam pada itu, Allegri percaya pasukannya layak mendapat satu mata.
"Kekalahan mungkin tidak sepatutnya memandangkan pasukan ini telah memaparkan aksi yang bagus," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Kami melakukan beberapa kesilapan hantaran di bahagian serangan, namun Torino tidak dapat melakukan sebarang percubaan tepat dalam babak kedua.
"Saya perlu memuji pasukan saya kerana mereka memberikan segala-galanya walaupun telah menjuarai Scudetto.
"Kami juga akan menghadapi perlawanan penting yang bakal tiba di mana kami mahu membuktikan keupayaan kami," katanya.