Lionel Messi sekali lagi menamatkan musim dengan menewaskan pesaing hebatnya, Cristiano Ronaldo, selepas menamatkan LaLiga dengan 37 gol untuk meraih anugerah penjaring terbanyak,'Pichichi', buat kali keempat berturut-turut.
Ikon Barca itu mengatasi jaringan Ronaldo yang mengumpul 25 gol untuk memenangi persaingan peribadi walaupun pemain Real Madrid itu, pemenang 'Pichichi' tiga kali, meraikan kejuaraan LaLiga dan mempunyai perlawanan akhir Liga Juara-Juara di depan.
Seperti kelaziman buat Messi, tahun ini menyaksikan rekod jatuh di kaki magisnya, jaringan gol ke-500 yang membawa Barca meraih kemenangan tipis dalam El-Clasico membantu menolak Madrid untuk bekerja keras hingga ke akhir.
Bintang Argentina itu menjaringkan dua gol buat Barca bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Eibar 4-2 tetapi ia tidak mencukupi untuk mengekalkan gelaran LaLiga apabila Ronaldo meledak ketika Real menewaskan Malaga 2-0 -- yang menyaksikan Real menang gelaran liga buat kali pertama sejak 2012.
Messi menyamai rekod ikon Real, Ferenc Puskas, dengan empat kemenangan 'Pichichi'. Telmo Zarra, pemain yang diatasi Messi selaku penjaring terbanyak LaLiga pada 2014, memegang rekod keseluruhan dengan enam anugerah 'Pichichi'.
Pemenang Pichichi itu juga memenangi Kasut Emas Eropah dalam setiap lapan musim lalu, dengan Messi mungkin memenangi anugerah benua itu buat kali keempat, dengan pencabar terdekat, Bas Dost, yang bermain semalam berada empat gol di belakang sebelum Sporting CP menamatkan kempen Liga Portugal menentang Chaves.