Skip to main content

Bola Sepak

Messi, Mbappe antara pilihan peroleh anugerah Pemain Terbaik FIFA

lionel-messi_1c82xn6jsay961621oovfgb9ek.jpg
Lionel Messi dan Kylian Mbappe adalah antara calon utama untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA selepas disenaraikan dalam senarai 14 pencalonan semalam.

Majlis anugerah FIFA akan berlangsung pada 27 Februari dan mengiktiraf pencapaian tinggi sukan itu dari 2022 merentas beberapa kategori, dengan hadiah Pemain Lelaki Terbaik FIFA menjadi tarikan utama.

Messi, yang memenangi anugerah 2019 dan menduduki tempat kedua hampir dengan Robert Lewandowski untuk 2021, akan menjadi pilihan utama selepas memberi inspirasi kepada Argentina dalam kejayaan di Piala Dunia.

Ia merupakan gelaran pertama Albiceleste sebegitu sejak 1986, dan Messi memainkan peranan penting dalam kemenangan itu ketika Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti selepas seri 3-3 bulan lalu.

Messi menjaringkan lima gol dan mencipta tiga bantuan jaringan untuk memenangi Bola Emas, dan dia hampir membawa pulang Kasut Emas juga.

Sudah tentu, rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, memenangi hadiah terakhir itu hasil hatriknya menentang Argentina dalam perlawanan akhir yang dramatik, dan bakal menjadi saingan terdekat Messi.
 

Pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema, adalah antara calon dan mungkin menjangkakan penamat tiga teratas selepas membawa Real Madrid ke mahkota Liga Juara-Juara, walaupun kurang terlibat dalam saingan Piala Dunia mungkin menjekaskan peluangnya.

Pengendali Madrid, Carlo Ancelotti sedang bertanding untuk gong Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA, walaupun Lionel Scaloni dari Argentina turut menghadirkan tumpuan selepas membimbing Argentina bergelar juara dunia.

Pencalonan

Pemain Terbaik FIFA

Julian Alvarez (Argentina/River Plate/Manchester City)
Jude Bellingham (England/Borussia Dortmund)
Karim Benzema (Perancis/Real Madrid)
Kevin De Bruyne (Belgium/Manchester City)
Erling Haaland (Norway/ Borussia Dortmund/Manchester City)
Achraf Hakimi (Maghribi/Paris Saint-Germain)
Robert Lewandowski (Poland/Bayern Munich/Barcelona)
Sadio Mane (Senegal/Liverpool/Bayern Munich)
Kylian Mbappe (Perancis/Paris Saint-Germain)
Lionel Messi (Argentina/Paris Saint-Germain)
Luka Modric (Croatia/Real Madrid)
Neymar (Brazil/Paris Saint-Germain)
Mohamed Salah (Mesir/Liverpool)
Vinicius Junior (Brazil/Real Madrid)

Jurulatih Terbaik FIFA

Carlo Ancelotti (Itali/Real Madrid)
Didier Deschamps (Perancis/Skuad Kebangsaan Perancis)
Pep Guardiola (Sepanyol/Manchester City)
Walid Regragui (Maghribi/Wydad AC/Skuad Kebangsaan Maghribi)
Lionel Scaloni (Argentina/Skuad Kebangsaan Argentina)

Penjaga gol Terbaik FIFA

Alisson Becker (Brazil/Liverpool)
Yassine Bounou (Maghribi/Sevilla)
Thibaut Courtois (Belgium/Real Madrid)
Ederson (Brazil/Manchester City)
Emiliano Martinez (Argentina/Aston Villa)

Advertisement

Must Watch Video