Bintang Barcelona, Lionel Messi, lebih berbakat berbanding Cristiano Ronaldo, namun tonggak Juventus yang berusaha keras itu lebih bercita-cita tinggi, kata legenda Real Madrid, Guti.
Kedudukan Messi dan Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia sering mencetuskan perdebatan dengan kedua-dua pemain itu telah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali di samping pelbagai kejayaan lain, sama ada dengan kelab yang mereka wakili atau secara individu.
Tonggak Barcelona, Messi, kekal mencuri tumpuan dalam LaLiga dengan menjaringkan 32 gol daripada 42 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini manakala Ronaldo pula menghasilkan 19 gol dalam musim pertamanya dalam Serie A dan 24 secara keseluruhan.
Diminta untuk memilih salah satu daripada mereka, Guti -- yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan gergasi Turki, Besiktas -- berkata kepada Marca: "Kedua-duanya.
"Benar, sebelum ini saya menghantar ciapan dengan berkata saya memilih Messi, namun saya menilai tinggi apa yang Cristiano telah lakukan. Dia pemain yang hebat.
"Messi lebih berbakat, Cristiano pula lebih kepada penjaring gol yang bercita-cita tinggi.
"Dia pemain yang berusaha keras.
"Ia amat menakjubkan apabila dia memenangi lima Ballon d'Or dalam era Messi.
"Dia pemain yang amat-amat penting.
"Dia telah membuktikannya sewaktu di Real Madrid," katanya.
Madrid bergelut sejak Ronaldo meninggalkan pasukan itu bagi menyertai Juve dengan yuran perpindahan €112 juta (RM513.3 juta), awal musim ini.
Kelab Sepanyol itu telah memecat dua jurulatih -- Julen Lopetegui dan Santiago Solari -- sepanjang tempoh itu dan kini di tangga ketiga LaLiga dengan ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Barca.
Perjuangan mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah turut berakhir selepas disingkirkan Ajax dalam pusingan 16 selain ditewaskan Barca dalam separuh akhir Copa del Rey.
"Dia merupakan faktor penting dengan kebolehannya menjaringkan banyak gol, terutama dalam perlawanan besar.
"Madrid amat merindui Ronaldo," tambahnya.