Lionel Messi dijangka akan kembali memperkuatkan Barcelona dalam perlawanan LaLiga menentang Valencia selepas waktu rehat antarabangsa, kata ketua jurulatih pasukan itu, Ernesto Valverde.
Bintang Argentina itu tidak pernah membuat penampilan kompetitif bersama Barca sejak tewas kepada skuad kendalian Marcelino itu dalam final Copa del Rey musim lalu.
Dia mengalami kecederaan betis sewaktu dua perlawanan persahabatan menentang Napoli di Amerika Syarikat, yang mengakibatkan dia terlepas kekalahan 1-0 kepada Athletic Bilbao dan kemenangan 5-2 ke atas Real Betis dalam dua perlawanan pertama musim ini.
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan diletakkan risiko dalam perlawanan menentang Osasuna malam ini untuk diberikan ruang bagi menjalani pemulihan sebaik mungkin menjelang jadual padat bulan depan.
Selepas waktu rehat antarabangsa, yang bermula minggu depan, Barca akan melayani kunjungan Valencia, bertandang ke Borussia Dortmund bagi aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah sebelum berdepan Granada dan Villarreal dalam tempoh 11 hari.
"Dia sedang mengikuti proses pemulihan yang normal," kata Valverde berkenaan Messi.
"Kami harap dia akan dapat diturunkan ketika menentang Valencia.
"Kami berharap dia dapat diturunkan, namun kami akan melihat perkembangannya sepanjang dua minggu ini."
Terdahulu, pengendali itu turut menyampaikan ucapan takziahnya kepada bekas ketua jurulatih Barca, Luis Enrique, dan keluarganya di atas pemergian anaknya, Xana.
Bekas jurulatih Sepanyol itu mengesahkan bahawa Xana telah meninggal dunia kelmarin selepas lima bulan bertarung dengan kanser tulang.
"Amat sukar untuk mencari kata-kata yang mencukupi untuk menghiburkan mereka yang sedang melalui waktu sukar.
"Tetapi saya ingin memberikan semua kasih sayang dan sokongan untuknya, untuk keluarganya, daripada semua yang merupakan sebahagian daripada Barca dan untuk memeluknya," katanya.