Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Messi elak media selepas Argentina tersingkir

messi.jpg
Lionel Messi memilih untuk tidak bercakap dengan media selepas Argentina disingkirkan daripada Piala Dunia 2018 oleh Perancis, tengah malam tadi. 

Messi menyumbat dua gol, namun gagal menemui penyudah berbisa ketika skuad kendalian Jorge Sampaoli itu tersingkir dalam temasya Russia 2018 berikutan kekalahan 3-4 di Kazan.

Kapten Argentina itu hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan peringkat kumpulan tetapi belum pernah melakar gol dalam pusingan kalah mati.

Dan di celah-celah spekulasi dia akan bersara dari peringkat antarabangsa buat kali kedua dalam kariernya, Messi tidak berhenti di zon media pasca perlawanan.

Messi sebelum ini memutuskan untuk bersara susulan kekalahan Argentina dalam perlawanan akhir Copa America kepada Chile pada 2016 setelah dikecewakan dalam penentuan penalti.

Javier Mascherano, 34, mengumumkan persaraan bola sepak antarabangsa selepas tewas kepada Perancis manakala Sergio Aguero memberitahu Tyc Sports, dia berhasrat untuk terus mewakili Argentina.

 

Advertisement

Must Watch Video