Lionel Messi mendakwa terdapat "korupsi' dan "sifat tidak hormat' dalam Copa America selepas Argentina menewaskan Chile 2-1 dalam penentuan tempat ketiga di Arena Corinthians, awal pagi tadi.
Messi dilayangkan kad merah bersama Gary Medel selepas satu perbalahan dalam separuh masa pertama dalam perlawanan yang penuh ketegangan itu.
Selepas pasukannya meraih kemenangan hasil jaringan Sergio Aguero dan Paulo Dybala sebelum Arturo Vidal merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti, Messi tidak menyertai upacara penyampaian pingat bersama rakan sepasukannya.
Ketika ditanya mengapa dia tidak menyertai upacara itu, dia memberitahu wartawan: "Kerana kami tidak perlu menjadi sebahagian daripada korupsi ini, ia sesuatu yang tidak menghormati keseluruhan Copa."
Messi dilayangkan kad merah selepas Medel, yang kelihatan berang, terus mencabarnya dan secara berterusan melanggar bintang Barcelona itu menggunakan dada.
Sama ada Messi atau Medel, kedua-duanya tidak menaikkan tangan dan pemain Chile itu jelas pemain yang lebih agresif dalam insiden berkenaan.
Terdapat video bantuan pengadil (VAR) diaplikasikan, namun pengadil, Mario Diaz de Vivar, enggan melihat kepada rakaman menerusi monitor di tepi padang.
Messi mengkritik pegawai kejohanan selepas Argentina tewas kepada Brazil dalam separuh akhir di mana skuad kendalian Lionel Scaloni itu dinafikan dua peluang sepakan penalti yang tidak disemak melalui VAR.
Dia berasakan kad merah itu merupakan akibat daripada kritikan itu dengan berkata: "Ia sepatutnya kad kuning buat kami berdua, namun mungkin saya menerima padah terhadap apa yang saya katakan sebelum ini.
"Apa yang penting, pasukan ini menamatkan kejohanan dengan baik.
"Kami tidak perlu terlibat dengan sikap kurang hormat yang berlaku di sini.
"Saya meninggalkannya dengan tenang, dengan kepala yang mendongak dan berbangga dengan pasukan ini, yang telah memberikan segala-galanya.
"Saya berharap pasukan ini dihormati, masih banyak yang perlu diberikan.
"Pasukan ini telah menunjukkan perwatakan. Ia bukan mudah unutk memulakannya dengan kekalahan (kepada Colombia) dan mencatat seri (dengan Paraguay).
"Ia menjadikan kami lebih kuat dan kami mahu menamatkannya dengan cara yang amat positif.
"Mereka mungkin boleh menyemaknya sebelum melayangkan kad merah, namun VAR tidak digunakan," katanya.
Menjelang aksi final di antara skuad kendalian Tite itu dengan Peru, Messi menambah: "Harap-harap pengadil dan VAR tidak akan mempengaruhinya dan mereka akan membenarkan Peru untuk bersaing, namun ia kelihatan sukar bagi saya.
"Saya sentiasa menyuarakan kebenaran. Ia membuatkan saya berasa tenang.
"Jika apa yang saya katakan itu mendatangkan akibat, saya tidak kisah kerana saya sentiasa jujur," tambahnya.