Bintang Argentina, Angel Di Maria, mempertahankan persembahan Lionel Messi dalam saingan Copa America 2019 sambil menegaskan rakan sepasukannya itu beraksi cemerlang.
Messi hanya sekali menemui jaringan, iaitu sewaktu menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Paraguay dalam empat perlawanan dalam kejohanan, di mana Argentina layak ke separuh akhir susulan kemenangan 2-0 ke atas Venezuela semalam.
Bintang Barcelona itu dikritik kerana beraksi di bawah tahap sebenar tetapi Di Maria, yang melakukan penampilan ke-100 buat negaranya sewaktu masuk selaku pemain gantian dalam aksi menentang Venezuela, percaya sumbangan pemenang lima kali Ballon d'Or itu penting.
"Saya rasa Messi melakukannya dengan baik," katanya.
"Dia tidak menjaringkan gol seperti kebiasaan tetapi saya fikir dia menjalankan tugas dengan baik.
"Dia berlari dan memberikan segalanya. Dia tetap berlari dan yang lain akan turut serta. Saya rasa dia melakukannya dengan baik."
Argentina bakal berdepan Brazil dalam separuh akhir Selasa ini dan Di Maria tahu pasukannya akan beraksi di tahap terbaik ketika menentang tuan rumah itu.
"Berdepan Brazil, ia aksi yang rumit tetapi saya rasa semua pasukan akan memberikan kesukaran buat anda," tambahnya.
"Brazil akan beraksi sehabis baik seperti kami dan mereka bakal menerima sokongan padu penyokong di tempat sendiri. Kami perlu bermain cara tersendiri, melakukan sama seperti berdepan Venezuela dan diharapkan segalanya akan berjalan lancar."