Lionel Messi merupakan pemain yang paling diimpikan oleh Rafael Benitez dengan pengendali berbangsa Sepanyol itu berkata dia dan bintang Barcelona itu bertutur bahasa bola sepak yang sama.
Benitez menamakan Franz Beckenbauer, Kevin Keegan dan Alan Shearer sebagai bekas pemain yang sepatutnya diberikan peluang untuk berlatih di bawahnya, namun dalam kalangan pemain pada zaman ini, Messi merupakan seorang yang paling didambakan oleh bekas ketua jurulatih Real Madrid itu.
Messi terlibat dalam kemenangan 4-0 Barcelona ke atas Real Madrid di Santiago Benabeu dalam saingan LaLiga sewaktu zaman Benitez.
Dan pengendali itu, yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih kelab China, Dalian Yifang, berkata dia kerap memikirkan tentang pemenang lima kali Anugerah Ballon D'or itu.
"Mungkin Messi," katanya sebagai menjawab pemain mana yang diimpikannya untuk dikendalikan dalam sesi soal jawab The Athletic.
"Dia terlampau bagus dan saya berharap untuk sekadar duduk di tepi padang sambil melihat dia beraksi!
"Ketika dia berlatih di padang latihan Manchester City bersama Argentina, saya ada berbual dengannya dan kami bercakap bahasa yang sama -- tentang bola sepak juga."
Benitez buat kali pertama mengambil tugas sebagai jurulatih di luar Eropah apabila sah menjadi pengendali baru kelab Liga Super China (CSL), Dalian Yifang, bulan lalu.
Ramai peminat Newcastle United berasa kecewa apabila pengurus berusia 59 tahun itu meninggalkan St James' Park, namun dia masih berkeinginan untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris pada masa akan datang.
Walaupun meraih populariti yang tinggi sewaktu di Tyneside, dia tidak melupakan pengalamannya di Merseyside di mana dia membimbing Liverpool untuk meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada 2005 dan gelaran naib juara Liga Perdana Inggeris dalam musim 2008-09.
Ditanya siapakah pemain terkini Liverpool yang dia berharap ada dalam pasukannya dalam musim 2008-09, dia berkata: "(Virgil) Van Dijk, dia akan banyak membantu.
"Bukan kerana pemain lain tidak bagus tetapi di posisi itu, dia mungkin yang terbaik buat masa ini.
"Kami memiliki (Fernando) Torres dan (Steven) Gerrard, jadi kami memiliki kekuatan di bahagian serangan, namun sebagai pertahanan tengah -- walaupun saya amat berpuas hati dengan pemain saya -- Van Dijk mungkin bermain di satu tahap yang berbeza sekarang," katanya lagi.