Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman, memuji Lionel Messi selepas bintang itu menyamai rekod penampilan Xavi.
Messi hanya ketinggalan satu perlawanan untuk menyamai Xavi sebagai pemain paling banyak beraksi dalam sejarah Barcelona -- 767 -- menjelang pertemuan dengan Huesca.
Bersama Barca, Messi telah merangkul paling banyak gelaran (34) dan jaringan (658) dalam sejarah kelab di Camp Nou, menyamai rekod paling banyak dalam saingan LaLiga bersama Barca yang dicipta oleh Xavi bulan lalu.
Sehingga hari ini, Messi telah beraksi dalam 509 perlawanan LaLiga, manakala bermain dalam 149 aksi Liga Juara-Juara (UCL) 79 perlawanan Copa del Rey, 20 dalam Supercopa de Espana, lima dalam Piala Dunia Kelab dan empat dalam Piala Super UEFA.
"Ia merupakan jumlah perlawanan yang menakjubkan," kata Koeman. "Ia membuktikan apa yang telah dipamerkan oleh Xavi dan kini Messi akan menyamai bilangan perlawanan Xavi.
"Ia amat penting bagi mencapai kejayaan ini bersama Barcelona.
"Bilangan perlawanan, jumlah gol, jumlah hatrik, jumlah gelaran.
"Mari kita berharap bahawa kita akan terus bersama Leo, memenangi gelaran, apa yang telah dia tunjukkan dan apa yang dia telah lakukan untuk kelab ini."

Chips for two, please ? pic.twitter.com/osKEuXbGYl
— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 15, 2021