Skip to main content

Bola Sepak

Messi alami kecederaan betis

lionel-messi.jpg
Lionel Messi dijangka diketepikan buat "seketika" selepas mengalami kecederaan betis ketika sesi latihan Barcelona semalam.

Bintang Argentina itu mengalami kecederaan betis tahap satu dalam sesi pertamanya bersama juara LaLiga itu.

Pemain berusia 32 tahun itu bakal terlepas aksi pramusim Barcelona di Amerika Syarikat dan diberikan masa untuk pulih daripada kecederaannya.

Walaupun Barca tidak meletakkan masa yang diperlukan untuk Messi, pemenang Ballon d'Or lima kali itu tidak akan diketepikan untuk jangka masa yang panjang.

"Saya tidak sabar untuk memulakan musim baru, malangnya saya mengalami kecederaan dalam sesi latihan pertama dan dijangka perlu berehat seketika," kata Messi menerusi laman Instagram.

"Saya sangat bersyukur dengan setiap pesanan yang diberikan, saya mahu bersama pasukan dan mengikut pasukan ke AS.

"Saya tidak dapat bersama mereka kali ini tetapi akan kembali beraksi tidak lama lagi."

Barca akan berdepan Napoli di Miami dan Ann Arbor minggu ini sebagai persiapan terakhir dalam saingan pramusim.

Mereka akan memulakan kempen mempertahankan gelaran liga dengan berkunjung ke Athletic Bilbao, 16 Ogos ini.
 

Advertisement

Must Watch Video