Sergio Aguero menyokong Lionel Messi secara terbuka dalam misinya merampas semula trofi Ballon d'Or sambil menafikan bahawa dia mengetepikan hasrat sahabat baiknya itu yang mendambakan gelaran tersebut.
Penyerang Manchester City itu menarik perhatian ramai ketika mengulas soalan media apabila mendakwa pemenang Ballon d'Or yang akan datang seharusnya "beraksi dalam final Liga Juara-Juara (UCL)".
Pemenang lima kali, Messi, hanya selangkah untuk mara ke aksi kemuncak Eropah itu, namun Barcelona yang membawa bekalan selesa tiga gol, tersingkir 3-4 secara agregat di Liverpool, minggu lalu.
Pemain berusia 31 tahun itu mengundang kontroversi apabila sekadar berada di tempat kelima undian Ballon d'Or tahun lalu, justeru Aguero menggunakan media sosial untuk menerangkan sama ada dia menganggap rakan sepasukan Argentina itu berhak untuk meraih penghormatan tersebut pada 2019.
"Saya tidak begitu gembira untuk menjelaskan kenyataan yang telah saya buat -- tetapi apabila kenyataan saya diputar-belitkan, saya harus tampil," kata Aguero di Twitter.
"Maka saya terpaksa mengejanya. Tiada siapa selain Messi akan menjadi pilihan saya untuk memenangi Ballon d'Or selagi dia terus beraksi -- khususnya dengan prestasi yang dipersembahkan musim ini.
"Persoalan yang dikemukakan kepada saya ketika itu adalah sama ada saya harus memenangi anugerah berkenaan untuk musim ini.
"Jawapan saya ketika itu ialah, saya perlu layak ke final UCL jika saya berhajat untuk menjulangnya. Ia satu kenyataan yang cukup jelas dan ia tidak sepatutnya mempunyai ruang untuk disalah tafsir."
Messi dan Aguero masing-masing meraikan kejayaan domestik musim ini dengan Barcelona mengekalkan mahkota LaLiga sementara City menamatkan saingan Liga Perdana dengan kelebihan satu mata ke atas Liverpool.