Skip to main content

Bola Sepak

Mertens: Napoli harus dapatkan pemain lain selain Rodriguez

jamesrodriguez-cropped_1p5djkrful7mu17m5js89825xp.jpg
Dries Mertens berkata Napoli perlu membawa masuk pemain bertaraf tinggi sekiranya mahu mencabar juara Serie A, Juventus.

Napoli dikaitkan dengan pemain tengah Real Madrid, James Rodriguez, dalam jendela perpindahan tatkala mereka cuba untuk menamatkan badi selaku naib juara.

Bintang Colombia, Rodriguez, dikehendaki oleh pengendali, Carlo Ancelotti, di Naples tetapi perjanjian masih belum dapat dicapai dengan gergasi Sepanyol itu.

Memandangkan musim baru semakin hampir, Napoli yang menamatkan musim lalu 11 mata di belakang Juve perlu memperbaiki pasukan, kata penggempur veteran, Mertens.

"Saya hanya boleh katakan bahawa kelab lain berbelanja besar, kami dapatkan Kostas Manolas," katanya.

"Semua pemain yang dibeli harus bertaraf tinggi dan seseorang seperti Rodriguez dialu-alukan. Dia mampu memberi perbezaan.

"Saya rasa kami perlu membeli pemain hebat bagi meningkatkan tahap pasukan. Kami sudah memiliki skuad yang bagus tetapi jika mahu memenangi sesuatu, kami perlu berbelanja untuk meningkatkan tahap pasukan. Itu jelas."

Napoli telah menambah kekuatan barisan pertahanan selepas membawa masuk pertahanan Greece, Manolas, daripada seteru Itali, AS Roma.

Manolas dijangka membentuk gandingan hebat bersama Kalidou Koulibaly selaku bek tengah selepas melengkapkan perpindahan bernilai EUR36 juta (RM166 juta).
 

Advertisement

Must Watch Video