Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, berkata pasukannya tidak terkesan dengan provokasi sesetengah pihak, yang mempertikaikan pertalian darah lima pemain warisan baru negara dengan Malaysia.
Menjelang aksi kedua Kumpulan F, pusingan akhir kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok, pengendali negara itu tidak sabar untuk membuktikan bahawa barisan pemain baru berkenaan bersedia untuk memberikan segalanya buat negara.
"Ia tidak mengganggu kami secara dalaman, kami memiliki persiapan yang baik," katanya dalam sidang media seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Kita memiliki beberapa pemain baru dari luar negara. Mereka orang Malaysia dan hadir ke sini dengan kebanggaan.
"Anda dapat lihat rasa bangga mereka dalam setiap latihan dan ia membina suasana kekeluargaan dalam pasukan kebangsaan. Kami tidak sabar untuk membuktikannya malam esok.
"Daripada segi gangguan, anda mungkin rasa lebih terganggu kerana ada peminat yang bercakap buruk tetapi bagi kami, ia hanya tentang fokus untuk membina pasukan yang kuat dan itulah yang kami lakukan setiap hari."