Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memuji barisan pertahanannya sambil berkata keempat-empat gandingan itu mahu kekal dalam Liga Perdana Inggeris untuk tempoh yang panjang.
Dengan diketuai Virgil van Dijk, Liverpool kini hanya melepaskan 19 gol daripada 32 perlawanan liga musim ini yang meletakkan mereka dalam kedudukan terbaik untuk merebut kejuaraan.
Van Dijk, 27, Andy Robertson (25), Trent Alexander-Arnold (20) dan Joel Matip (27) telah diturunkan dalam kebanyakan perlawanan Liverpool musim ini manakala Joe Gomez pula baru bersusia 21 tahun.
Lingkungan umur barisan pertahannnya itu amat menggembirakan Klopp, yang berharap kesemua pemain itu akan kekal di Anfield.
"Mereka akan menempuhi perjalanan karier yang panjang dan ia amat bagus," katanya menjelang perlawanan dengan Southampton, awal pagi esok.
"Buat masa ini, ia kelihatan seperti kebanyakan mereka akan meluangkan karier di sini dan ia juga amat bagus."
Ketika Van Dijk hadir ke Liverpool dengan perpindahan bernilai £75 juta (RM343.7 juta), Robertson pula tiba dengan nilai £8 juta (36.6), Matip secara perpindahan percuma manakala Alexander-Arnold melalui sistem pembangunan.
Klopp, yang pasukannya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, berkata perbelanjaan tersebut tidak masuk akal.
"Mereka mungkin bukan pertahanan termahal dunia, namun mereka adalah yang terbaik dan yang paling baik di dunia.
"Di mana sahaja pemain terbaik tiba, di mana sahaja mereka dibesarkan, di mana sahaja mereka mengimpikan untuk bermula, mereka amat dialu-alukan di Liverpool," tambahnya.