Ketua pasukan Kuala Lumpur City, Paulo Josue, meluahkan rasa kesal selepas menerima perkhabaran yang tidak enak susulan kelab tersebut menghadapi isu kewangan sebelum ini.
Penyerang Harimau Malaya itu mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, berhubung masalah tunggakan yang belum selesai sepenuhnya sejak 2024.
Bercakap kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Josue mendedahkan pihak pengurusan bakal mengurangkan penggunaan dana untuk perbelanjaan musim hadapan dengan memotong bajet kelab.
"Tiada siapa yang mengetahui.
"Mereka hanya bercakap mengenai bajet dipotong.
"Sangat sukar untuk menerima perkara itu kerana saya sudah melakukan yang terbaik musim ini.
"Saya ingatkan saya akan mendapat tawaran gaji lebih tinggi atau kontrak yang lebih baik kerana sehabis baik memberikan segalanya, tetapi sebaliknya yang terjadi," katanya.