Skip to main content

Bola Sepak

Menteri jamin kualiti rumput venue final Piala Malaysia

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menawarkan jaminan kepada finalis Piala Malaysia 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, bakal beraksi di atas padang rumput berkualiti, 8 Disember depan.

Berbaki 12 hari, Hannah tidak bimbang walaupun sekeping gambar yang viral baru-baru ini yang kononnya mencerminkan keadaan rumput yang rosak selepas penganjuran konsert Coldplay Rabu lalu.





"Proses akan melibatkan kontraktor, dari awal hingga akhir proses. Mereka ada rawatannya yang disediakan untuk PSM. Jangan risau, untuk perlawanan akhir Piala Malaysia nanti, ia akan sempurna," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Hannah turut menegaskan tiada istilah peruntukan baru untuk Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) negara bagi mengatasi keadaan semasa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tegas Hannah, setiap rumput yang rosak bakal ditukar segera dan proses ini giat dijalankan pada ketika ini.



"Proses penukaran rumput ini termasuk dalam bajet dan rumput Zeon Zoysia ini ditanam di tapak semaian yang berdekatan dengan Bukit Jalil.

"Sebarang penukaran rumput akan diambil dari tapak semaian seperti ketika perlawanan lawan India dan (Republik) Krygyzstan. 

"Begitu juga dengan (kaedah) penganjuran konsert," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video