Skip to main content

Bola Sepak

Melaka United sekat hajat JDT lebar penguasaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-vs-melaka-united-2022.jpg
MELAKA UNITED 1 JDT 1 

Melaka United tidak memberi laluan mudah dan memaksa juara bertahan lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk berkongsi satu mata di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi. 


Harimau Selatan seakan-akan di laluan tepat untuk menghasilkan kemenangan ketiga berturut-turut sebaik mendahului menerusi ledakan Leandro Velazquez yang terhasil dengan gerakan sepasukan pada minit ke-27. 

Bagaimanapun, skuad bimbingan Asri Niggal itu mengejutkan gawang pelawat apabila larian Sony Norde memanfaatkan kelekaan JDT dalam sepakan sudut sebelum dikuis masuk Justin Baas. 

Kecederaan pergelangan kaki yang memaksa Bergson Da Silva dikeluarkan ketika permainan baru berusia 15 minit merencatkan lagi usaha JDT untuk kembali mendahului selain Sang Kancil mula mengukuhkan benteng mereka hingga wisel penamat. 

Keputusan itu mengekalkan JDT di puncak Liga Super dengan kelebihan tiga mata ke atas Negeri Sembilan, manakala Melaka kini satu mata menjauhi zon penyingkiran.

"Bukan mudah untuk seri atau menang ke atas JDT. 

"Pemain saya bermain dan ikut arahan dengan baik," kata Asri. 

Menurut ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora, pula: Dari awal saya sudah katakan Melaka mempunyai pemain yang baik. 

"Ia satu perlawanan yang sukar dan kami perlu teruskan berjuang," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video