Sentuhan terakhir Faris Shah Rosli menyelamatkan Melaka United daripada berputih mata dalam pertembungan Liga Super biarpun terpaksa akur seri 2-2 ketika bertandang ke PJ City, sebentar tadi.
Tindakan pengadil yang secara kontroversi menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-86 kepada tuan rumah -- Khairil Anuar Zamri dikesan dikasari -- seterusnya disempurnakan Darren Lok untuk melakar gol berganda sekali gus kembali meletakkan PJ City di depan.
Begitupun, Melaka yang dibimbing Zainal Abidin Hassan tidak mudah patah semangat apabila mempamerkan karakter dengan mengikat kedudukan menerusi tandukan Faris Shah dalam masa kecederaan.
Di Stadium Darulmakmur yang melibatkan kedua-dua pasukan mengintai kemenangan pertama musim ini, Sri Pahang bagaikan menghadiahkan kejayaan buat Perak.
Penyerang naturalisasi dari Brazil, Guilherme De Paula, memiliki kesempatan awal untuk membuka tirai jaringan buat pelawat tapi rembatannya tersasar sambil tindakan ketua pasukan Sri Pahang, Herold Gullon, menarik jersi De Paula sehingga koyak gagal mengundang perhatian pengadil.
Tok Gajah, yang banyak memulakan serangan dari sebelah kiri, bagaimanapun masih gagal mencari gol misalnya tolakan lemah Pedro Henrique yang sempat dikuis keluar pertahanan kental, Shahrul Saad.
Sebaliknya, serangan Perak terlebih dahulu merobek gawang lawan yang menyaksikan rembatan awal De Paula berjaya dihalang Jadid Ilias, namun bola muntah itu pantas disambar J. Partiban untuk perak mendahului 1-0.
Kepantasan dan ketepatan hantaran De Paula terus mengundang cemas penjaga gol Sri Pahang, Helmi Eliza Elias.
Pemain veteran itu tersalah congak hantaran jauh penggempur berkenaan sekali gus membuka ruang buat Farhan Roslan untuk mengukuhkan kedudukan 2-0.
Di Cheras pula, jaringan tunggal Dominique Da Sylva pada minit ke-14 memastikan Kuala Lumpur City memadam kekecewaan tewas kepada Penang FC Sabtu lalu apabila menjadikan UiTM FC sebagai mangsa kebangkitan.
Keputusan Liga Perdana:
Terengganu FC II 1 Kuching City FC 1

Masa Penuh kita cuba lagi?⚪
Posted by Melaka United Soccer Association - MUSA on Wednesday, March 10, 2021

Posted by Sri Pahang FC on Wednesday, March 10, 2021
Di Cheras pula, jaringan tunggal Dominique Da Sylva pada minit ke-14 memastikan Kuala Lumpur City memadam kekecewaan tewas kepada Penang FC Sabtu lalu apabila menjadikan UiTM FC sebagai mangsa kebangkitan.
Keputusan Liga Perdana:
Terengganu FC II 1 Kuching City FC 1
? KEDUDUKAN LIGA SUPER - LS2 #LigaSuper2021
Posted by Malaysian Football League on Wednesday, March 10, 2021