Melaka terpaksa membayar harga tinggi gara-gara kesilapan sendiri dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2019 setakat ini.
Penolong jurulatih, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, berkata gejala itu berlaku dalam tiga perlawanan terakhir mereka, termasuk ketika menentang PKNP FC di Stadium Manjung, semalam.
Melaka tumbang 0-1 apabila Ahmad Khuzaimi Piee tertampan hantaran lintang Yashir Pinto ke gawang sendiri pada minit ke-66 bagi memberikan gol kemenangan PKNP FC.
"Kami kecundang gara-gara kesilapan sendiri. Daripa segi persembahan, pemain telah bermain dengan baik, cuma nasib tidak menyebelahi kami," katanya.
Nidzam, yang kecewa dengan kekalahan keempat berturut-turut Melaka, termasuk dalam saingan Piala FA, berkata usaha perlu dilakukan untuk mengatasi kepincangan pasukan itu sebelum bertemu Kedah, Ahad depan.
Melaka yang menampilkan khidmat beberapa nama besar seperti Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim, Shukor Adan dan Nazrin Nawi menampilkan aksi kemas dalam membina serangan tetapi gagal menyudahkan beberapa peluang terbuka yang dimiliki.
Nidzam, yang mengambil alih tugasan pengendali sementara daripada Zainal Abidin Hassan, berharap pemain dapat melupakan segera kekecewaan itu.
"Perjuangan masih jauh. Tidak ada sebab untuk pemain berasa kecewa.
"Apa yang perlu dilakukan ialah bangkit dalam perlawanan akan datang," tambahnya.