Melaka hampir pasti ke Liga Super musim depan.
Perkara itu diakui sendiri pemilik Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad, yang mengesahkan pasukan itu sedang dalam fasa persediaan terakhir sebelum pengumuman rasmi dibuat dalam masa terdekat.
Melaka muncul juara Liga A1 Semi Pro musim ini dan mereka sepatutnya mendapat kelayakan automatik ke Liga Super seperti yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Bagaimanapun, mereka perlu melepasi syarat-syarat pelesenan kelab dan pasukan itu kini sedang menganalisis beberapa penaja berkualiti, yang bakal menjadi tunjang kewangan mereka nanti.
"Saya sedang menunggu penajaan dan akan memutuskannya pada penghujung bulan depan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kerana kami memerlukan sumber kewangan yang betul dan pemain yang bagus, jadi selepas itu barulah kami boleh meutuskan akan ke Liga Super atau kekal dalam Liga A1.
"Kami lebih fokuskan kepada kebajikan pemain kerana kalau hari ini kami katakan kami mahu (ke Liga Super) takut kemudian tidak dapat bayar gaji dan jaga kebajikan pemain.
"Kerana perbelanjaan dalam Liga Super akan menjadi dua atau tiga kali ganda, Melaka FC hanya akan menjadikannya dua kali ganda dan bukannya tiga.
"Saya sedang berurusan dengan jurulatih K.Devan tentang bagaimana untuk melaksanakan pemilihan pemain berdasarkan bajet yang sudah saya sediakan, tidak lebih daripada itu," katanya.