Skip to main content

Bola Sepak

Media China kritik keputusan pengadil hadiahkan penalti kepada Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

china.jpg
Media China mengkritik kemenangan yang dilakar oleh pasukan Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia malam tadi yang menyaksikan pasukan The Dragons itu tewas 0-1 di Stadium Gelora Bung Karno.

Ia susulan tindakan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah pada minit ke-42 yang menjadi punca kekalahan tersebut.

Rata-rata media negara itu mendakwa berlaku tindakan berat sebelah oleh pengadil perlawanan dalam menghakimi keputusan ketika memberikan penalti kepada Indonesia.

Dalam insiden tersebut, Ricky Kambuaya dikatakan dengan sengaja menjatuhkan dirinya di dalam kawasan kotak penalti China walaupun pengadil permainan iaitu Rustam Lutfullin telah pun merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR).

 
 


Kekasaran Yang Zexiang terhadap Kambuaya itu akhirnya menyaksikan kemenangan berpihak kepada Indonesia, sekali gus menyaksikan mereka layak untuk beraksi di pusingan keempat.

Kekalahan itu juga menyaksikan pasukan China kini menghuni tangga tercorot Kumpulan C di belakang Bahrain dan Indonesia dan sudah tersingkir daripada saingan.
 

Advertisement

Must Watch Video