PSG 3 NIMES 0
Kylian Mbappe mengakui juara Ligue 1, Paris Saint-Germain, tidak akan sama lagi sekiranya kehilangan Neymar di sebalik spekulasi mengenai masa depannya yang semakin panas.
Neymar dikaitkan dengan kepulangan ke bekas kelab, Barcelona, termasuk gergasi LaLiga, Real Madrid, yang menyaksikannya tidak muncul ketika PSG berusaha mempertahankan gelaran dengan kemenangan 3-0 ke atas Nimes, awal pagi tadi.
Pengarah Sukan PSG, Leonardo, memberi isyarat bahawa bintang Brazil itu -- yang mencatat yuran perpindahan rekod dunia €222 juta (RM1 bilion) ketika tiba dari Barca pada 2017 -- barangkali akan meninggalkan ibu negara Perancis itu.
Ditanya apakah PSG akan memperbaiki pencapaian mereka pada musim ini, rakan sepasukannya, Mbappe, memberitahu Canal+: "Bergantung kepada keadaan, kami akan berusaha.
"Tetapi kami tidak akan berbohong bahawa kami juga harus melihat apa yang akan berlaku dengan Neymar. Ia bukan pasukan yang sama lagi tanpa Neymar tetapi kami akan cuba melakukannya untuk peminat."
Neymar telah meledak 34 gol dalam 37 penampilan Ligue 1 biarpun tempoh dua musimnya bersama PSG terjejas ekoran kecederaan kaki yang serius.
Rakan sepasukannya di kem Brazil dan PSG, Marquinhos, enggan melayani spekulasi tersebut kerana lebih senang untuk memberi tumpuan kepada bola sepak.
"Semua orang memberi fokus kepada permainan dan falsafah yang diterapkan," tambah Marquinhos melalui Canal +. "Selebihnya, kami membiarkan urusan itu ditangani oleh ahli lembaga pengarah dan Neymar.
"Mereka tahu apa yang perlu dilakukan, jadi kami harus memikirkan soal di atas padang, bukannya perpindahan."