Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe, Messi bantu PSG kembali temui rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kylian-mbappe-and-lionel-messi_nhwpyrfd7h0c11c81902g7f9l.jpg
Kylian Mbappe dan Lionel Messi mempamerkan aksi cemerlang apabila Paris Saint-Germain mengatasi Montpellier 4-0, kemenangan pertama sejak disahkan sebagai juara Ligue 1.

Kegagalan di pentas Liga Juara-Juara musim ini menghambarkan sambutan kemenangan gelaran liga PSG selepas seri dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino kehilangan gol pendahuluan dalam ketiga-tiga perlawanan, namun mereka tidak berdepan bahaya dalam aksi semalam.

Mbappe, yang ketika ini berkemungkinan bakal meninggalkan PSG, memainkan peranan apabila menjaringkan gol keempat perlawanan selepas melakukan lorongan dalam dua gol Messi dan satu buat Angel Di Maria.
 
 

Advertisement

Must Watch Video