Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe laung amaran musim depan

180517mbappe.jpg
Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe, menjanjikan aksi lebih baik pada musim depan selepas membantu Monaco menjuarai Ligue 1 musim 2016-17. 

Monaco berjaya menamatkan dominasi Paris Saint-Germain (PSG) yang memenangi Ligue 1 selama empat musim berturut-turut.

Mbappe, yang berusia 18 tahun, berjaya menjaringkan 15 gol musim ini dalam liga, namun memberi amaran akan terus meningkatkan jumlah jaringan tersebut pada musim depan.

"Untuk musim depan, saya pasti akan memberikan aksi lebih baik. Saya perlu meletakkan sasaran tinggi, atau akan berada di paras sama dan tidak berkembang," kata Mbappe.

Dalam aksi menentang Saint-Etienne di Stade Louis II, Mbappe membuka tirai jaringan pada minit ke-19, sebelum Valere Germain mengesahkan kejuaraan pertama Monaco sejak tahun 2000 menerusi gol di penghujung permainan.

"Saya sangat gembira. Kami mahukannya sejak permulaan musim dan kami berjaya," kata Mbappe.

Advertisement

Must Watch Video