Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe beri bayangan kekal di PSG

mbappe.jpg
Kylian Mbappe memberi bayangan akan kekal di Paris Saint-Germain (PSG) biarpun dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Serie A, Real Madrid.

Mbappe, 20, dilaporkan menjadi sasaran Madrid selepas beraksi cemerlang sepanjang musim lalu di mana dia muncul penjaring terbanyak dengan 33 gol daripada 29 perlawanan.

Namun, bintang penyerang Perancis itu tampil memberikan penjelasan bahawa dia akan kekal di Parc des Princes musim ini.

"Setakat ini, ia 19/20 di Paris," ciapnya dalam Twitter dengan gambarnya memakai jersi PSG musim depan.

Dengan statusnya sebagai pemain muda paling berbakat di dunia, Mbappe masih mempunyai kontrak dengan PSG hingga 2022.

Penjelasan itu tiba sehari selepas penyerang itu dan Neymar -- yang turut dikaitkan untuk kembali ke Barcelona -- digunakan PSG sebagai peragawan untuk memperkenalkan jersi terbaru mereka.

Advertisement

Must Watch Video