Skip to main content

Bola Sepak

Mbappe banyak pengalaman ketika Monaco disingkirkan Juve

10517kylianmbappe.jpg
Bintang Monaco, Kylian Mbappe, menegaskan banyak perkara yang dipelajarinya ketika tewas dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) kepada Juventus.

Di kala pemain berusia 18 tahun itu berjaya mencetak nama dalam saingan yang berlangsung di Turin, Monaco terpaksa akur dengan kekalahan menerusi agregat 4-1 awal pagi tadi.

Mbappe berkata pengalamannya akan menjadi sesuatu yang berguna buat dirinya secara peribadi dan untuk pasukan Leonardo Jardim itu secara keseluruhan.

"Kami hadir ke dalam perlawanan dengan senjata kami, kami cuba untuk menyukarkan pasukan lawan," katanya.

"Bagaimanapun, usaha kami tidak cukup untuk membawa kami ke final. Kami berbangga dengan pencapaian ini.

"Berdepan pasukan yang hebat, ia membenarkan kami untuk belajar, saya menimba pengalaman baru dan cuba untuk memberikan yang terbaik bagi musim hadapan.

Jaringan dalam separuh masa pertama daripada Mario Mandzukic dan Dani Alves memastikan kemaraan ke final buat Juve, yang memiliki kelebihan dua gol dalam aksi pertama.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri akan berdepan Real atau Atletico Madrid dalam final di Cardiff pada 3 Jun.

Advertisement

Must Watch Video