Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, mencipta sejarah dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menjaringkan gol sepakan penaltinya ketika menyingkirkan Barcelona awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Perancis itu memberikan pasukan tuan rumah berkenaan pendahuluan pada minit ke-31 untuk mengatasi rekod Lionel Messi selaku pemain termuda mencecah 25 gol dalam kejohanan itu pada usia 22 tahun dan 80 hari.
Selepas mencipta hatrik dalam perlawanan pertama bulan lalu, Mbappe kini telah menjaringkan empat gol ke atas Barcelona musim ini -- pemain paling banyak menjaringkan gol ke atas pasukan Catalan itu dalam satu musim kejohanan berkenaan.
Messi kemudian memadamkan jaringan Mbappe menerusi jaringan jarak jauhnya untuk melebarkan rekod jaringannya dari luar kawasan penalti dalam UCL kepada 19 gol.
Sejak melakukan penampilan pertama kejohanan itu pada 2004, hanya Cristiano Ronaldo pernah menjaringkan lebih gol dari jarak itu (20).
Messi kemudian mencacatkan rekodnya apabila gagal menyudahkan sepakan penalti sebelum waktu rehat -- kali pertama gagal melakukannya dalam UCL sejak perlawanan menentang Manchester City pada Februari 2015.

22y 80d – Aged 22 years and 80 days, Kylian Mbappé has become the youngest player in UEFA Champions League history to reach 25 goals in the competition, taking the mantle from Lionel Messi (22y 286d). Idolise. pic.twitter.com/bPetOpNyri
— OptaJoe (@OptaJoe) March 10, 2021