Skip to main content

Bola Sepak

Mauricio Pochettino kecewa Chelsea gagal pamer prestasi sebenar

mauricio-pochettino.jpg
WEST HAM 3 CHELSEA 1 

Mauricio Pochettino yakin Chelsea akan berkembang pesat walaupun tumbang 1-3 di West Ham yang beraksi dengan 10 pemain.


The Blues merupakan pasukan yang lebih baik tetapi James Ward-Prowse, yang membuat penampilan pertama bersam The Hammers, menjadi arkitek gol untuk Nayef Aguerd dan Michail Antonio biarpun Carney Chukwuemeka sempat mengikat kedudukan 1-1 sebelum menutup babak awal. 

Sepakan penalti Enzo Fernandez diselamatkan oleh Alphonse Areola dan West Ham tempang sepanjang 25 minit terakhir berikutan kad merah ke atas Aguerd.

Namun, skuad kendalian David Moyes itu bukan sahaja mampu bertahan untuk mengecapi kemenangan sulung musim ini, bahkan mereka terus menghukum Chelsea dengan gol ketiga pada masa kecederaan.

Selepas kegagalan sepakan penalti Enzo Fernandez, satu lagi pembelian mahal The Blues, Moises Caicedo, yang diperkenalkan sebagai pemain gantian menyebabkan Emerson Palmieri tersungkur dan Lucas Paqueta menyempurnakan sepakan penalti itu. 

“Saya fikir keputusan hari ini tidak menggambarkan prestasi sebenar kami tetapi dalam bola sepak situasi ini berlaku,” kata Pochettino.

 

“Saya kecewa dengan cara kami melepaskan gol pertama. Kami tahu West Ham mahir dalam bola pegun. Ia sedikit mengecewakan dan kami perlu bekerja keras untuk menanganinya. 

“Kemudian saya fikir kami juga beraksi dengan sangat baik dalam separuh masa pertama dan kami sepatutnya boleh menang dalam situasi seperti itu. 




“Tetapi itulah prosesnya. Kami perlu menelan kekalahan ini dan terus bekerja.

“Jika kami menjaringkan sepakan penalti maka kita akan bercakap tentang permainan yang berbeza. Kami akan beraksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.”

Advertisement

Must Watch Video