Nemanja Matic menjangkakan pertembungan getir dengan Switzerland apabila Serbia mengintai tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia di Russia.
Serbia, yang akan menghadapi Switzerland di Kaliningrad awal pagi nanti, menyedari kemenangan akan mencerahkan laluan mereka dalam Kumpulan E selepas menewaskan Costa Rica 1-0.
Switzerland melakar kejutan apabila mengikat pasukan pilihan, Brazil, 18 Jun lalu, dan tonggak Manchester United, Matic, menagih rakan sepasukannya agar memberikan satu lagi cabaran hebat.
"Kami sedar apa yang bakal kami hadapi," kata Matic kepada pemberita. "Mereka memiliki kualiti keseluruhan, pemain individu yang hebat.
"Kami menjangkakan pertembungan sengit, namun kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan."
Matic, yang percaya bola sepak Serbia sedang menikmati detik terbaiknya dalam tempoh sedekad, menambah: "Sudah tentu kami sedar bahawa jika menang, kami akan mara.
"Kami akan melakukan yang terbaik tetapi kami menghadapi sebuah pasukan yang sangat baik. Switzerland juga ingin menjadi ancaman demi tiga mata.
"Mereka mempunyai kualiti yang tinggi, kami menghormati mereka. Kami akan memberikan aksi terbaik dan kami juga mempunyai kualiti untuk mengancam mereka," ujarnya.
Keputusan seri memadai untuk memastikan kemaraan Serbia. Matic dan rakan sepasukannya, bagaimanapun, tidak merancang untuk sekadar seri.
"Mereka adalah sebuah pasukan yang lebih baik daripada yang kami hadapi semasa kelayakan Piala Dunia. Mereka hanya tewas sekali kepada Portugal," katanya.
"Berkenaan dengan cabaran, saya tidak pernah memulakan perlawanan dengan harapan untuk seri, kami sentiasa mahu menang.
"Tidak mustahil untuk menang, mereka adalah pasukan yang sangat baik, mereka menduduki ranking keenam dunia. Kami menghormati mereka, namun kami haruslah percaya dengan keupayaan sendiri."
Matic serta ketua jurulatih, Mladen Krstajic, tampil dalam sidang media pra-perlawanan dan kedua-duanya sedar jangkaan ketika menghadapi Switzerland.
"Mereka merupakan pasukan yang penuh taktikal dan teknikal. Jurulatih (Vladimir Petkovic) sudah lama membimbing mereka, iaitu dalam tempoh selama tiga hingga empat tahun dan faktor itu juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kejohanan ini," kata Krstajic.
"Kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Ia akan menjadi perlawanan sengit."