"Kami kalah berjuang," kata jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris, selepas anak buahnya tumpas 1-2 kepada Perak, sekali gus tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini.
Dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Perak, Ipoh, semalam, Negeri Sembilan memberikan saingan sengit kepada tuan rumah dan berjaya mengikat kedudukan 1-1 sehingga minit ke-76.
Ketinggalan 0-1 dalam separuh pertama, pasukan Hoben Jang Hoben itu bangkit menyamakan kedudukan melalui Jose Almir Barros Neto pada minit ke-67.
"Kami memberikan saingan kepada Perak selama 70 minit sebelum mereka menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76," katanya.
Mat Zan tidak kecewa dengan kekalahan itu kerana menyedari pemainnya sudah memberikan aksi terbaik.
"Saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka sudah berjuang sehingga ke akhir perlawanan walaupun bertemu pasukan daripada Liga Super," katanya.
Mat Zan berkata Negeri Sembilan hanya menggunakan tiga awang import setakat ini dan dia berharap dapat menambahnya dalam jendela perpindahan kedua.
Tumpuan kini akan diberikan terhadap saingan Liga Perdana di mana mereka akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) II, 12 April ini.
"Kami mempunyai rehat yang agak panjang sebelum perlawanan itu.
"Ia peluang untuk pemain berehat serta menjalani pemulihan," katanya.