Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Mason Greenwood langgar syarat ikat jamin

mason-greenwood.jpg
Mason Greenwood ditahan atas dakwaan melanggar syarat ikat jaminnya.

Penyerang Manchester United itu ditahan pada Januari lalu kerana disyaki merogol dan menyerang teman wanitanya selain disoal siasat kerana disyaki membuat ugutan bunuh.

Sebaik kontroversi kehidupan peribadinya mula tersebar luas, Greenwood digantung serta-merta daripada bermain atau berlatih bersama kelab itu. 

Pemain antarabangsa England itu kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat yang dilanjutkan pada April dan sekali lagi pada Jun.

Stats Perform difahamkan Greenwood ditangkap di rumahnya di Bowdon, Greater Manchester, selepas melanggar syarat jaminannya.
 

Advertisement

Must Watch Video