Skip to main content

Bola Sepak

Mason Greenwood dibebaskan dengan ikat jamin

greenwood.jpg
Mason Greenwood dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lanjut selepas penahanannya pada Ahad lalu.

Pemain bola sepak Manchester United berusia 20 tahun itu disoal siasat atas dakwaan merogol dan serangan yang dilaporkan dalam media sosial.

Dia kemudian ditahan lebih lanjut semalam atas tuduhan serangan seksual dan ugutan bunuh.

Pihak Polis Greater Manchester mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

 "Seorang pemuda berusia 20 tahun yang di tangkap (pada Ahad, 30 Januari 2022) kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lanjut," kata kenyataan itu.

Setakat ini, masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak Greenwood sejak dirinya terpalit dengan dakwaan itu.

 

Advertisement

Must Watch Video