Skip to main content

Bola Sepak

Masih adakah tempat untuk Wan Kuzain dalam skuad Harimau Malaya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-kuzain.jpg
Wan Kuzain Wan Kamal pernah dikaitkan untuk menyertai Harimau Malaya sebelum revolusi yang digerakkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Anak kepada bekas pemain negara dan Perak, Wan Ahmad Kamal, itu dibesarkan di Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Pernah digelar 'wonderkid' Malaysia selepas video zaman kanak-kanaknya tular sekitar tahun 2010, dia kemudian beraksi bersama kelab AS, Sporting Kansas City dan Rio Grande Valley FC, sebelum mengikat kontrak dengan St. Louis City 2 sejak 2022.

Bersama St. Louis City 2, pemain tengah berusia 26 tahun itu telah melakukan 65    penampilan dan menjaringkan 13 gol dalam saingan MLS Next Pro.

Pada Ogos tahun lalu, mantan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengesahkan bahawa Wan Kuzain akan beraksi bersama Harimau Malaya selepas kecederaannya pulih.

Bagaimanapun, sejak Revolusi Harimau Malaya, skuad negara telah mendatangkan tujuh pemain warisan baharu, iaitu Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Jon Irazabal, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado.

Dengan keadaan terkini skuad negara ketika ini, masih adakah tempat untuk Wan Kuzain menyarung jersi Harimau Malaya?



 

Advertisement

Must Watch Video