Paulo Dybala bakal terlepas pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) di antara Juventus dan Villarreal akibat kecederaan.
Pemain antarabangsa Argentina itu terpaksa dikeluarkan dalam separuh masa kedua ketika mereka seri 1-1 dengan Torino dalam perlawanan 'derby' Serie A, kelmarin.
Selepas perlawanan, pengurus Bianconeri, Massimiliano Allegri, pada awalnya tidak begitu khuatir dengan kecederaan salah seorang penyerang utamanya itu sebelum Juve mengesahkan bekas tonggak Palermo tersebut dijangka tidak dapat beraksi selama 10 hari kerana masalah otot di paha kirinya.
Sehubungan itu, kelibat pemain berusia 28 tahun tersebut yang merupakan penjaring terbanyak Juve dengan 12 gol musim ini tidak akan hadir ketika mereka berdepan Villarreal, Rabu depan, termasuk pertemuan Serie A dengan Empoli, hujung minggu depan.
Skuad kendalian Allegri itu membawa masuk Dusan Vlahovic pada bulan lalu tetapi ketiadaan Dybala merupakan satu tamparan besar memandangkan penyerang berkenaan turut menyumbangkan enam bantuan jaringan buat pasukan.
Juve juga akan beraksi tanpa Daniele Rugani selepas dia mengalami masalah hamstring ketika menentang Torino.

? Sunday session in view of #VillarrealJuve ⭐️?#JuveUCL
— JuventusFC (@juventusfcen) February 20, 2022