Penyerang Perancis berusia 27 tahun itu berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali dalam aksi Liga Perdana Inggeris ketika bertemu Nottingham Forest.
Dia telah bermain beraksi selama 77 minit bola sepak liga dalam tempoh tiga bulan sejak permulaan terakhirnya, dalam kemenangan ke atas Manchester City dan hanya turun lapan kali dalam kesebelasan utama bagi aksi liga dalam tempoh dua tahun.
Martial membuat kepulangan yang mengagumkan dalam perlawanan Liga Europa Khamis dengan Sevilla dan berkemungkinan turun beraksi di City Ground susulan kecederaan pangkal paha dialami Marcus Rashford.
Walaupun Ten Hag memuji sepenuhnya kebolehannya, dia mengakui sukar untuk mengetahui sama ada Martial boleh diharap untuk memberi impak jangka masa panjang bersama untuk skuad United.
"Sukar untuk dikatakan kerana sejarah mengatakan berbeza," kata ten Hag.
"Saya mahu dia menghasilkan sesuatu kerana saya fikir dia seorang pemain yang hebat -- dia mempunyai kualiti untuk bermain bola sepak terbaik dan apabila dia cergas, pasukan kami bermain dengan lebih baik.
"Saya rasa dia boleh bermain sebagai penyerang utama. Dia juga mampu beraksi di bahagian tengah serta sayap."
Kontrak Martial bakal berakhir penghujung musim depan, walaupun United mempunyai pilihan kebiasaan mereka untuk menambah setahun kepada perjanjian itu dan Ten Hag telah menyatakan hasratnya untuk mengekalkannya sekurang-kurangnya sehingga musim depan.
Erik ten Hag on if Anthony Martial will stay past this season: "From my point of view, yeah." #mufc pic.twitter.com/OAyikBxTny
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) April 15, 2023