Luciano Spalletti tidak pasti sama ada pemain ulung AS Roma, Francesco Totti, akan kekal bersama kelab Serie A itu menjelang aksi penutup musim ini, hujung minggu nanti.
Tiket perlawanan terakhir Roma ketika menentang Genoa di ibu negara Itali itu habis dijual, dengan Totti dijangka membuat penampilan terakhirnya.
Penonton yang hadir di Stadio Olimpico yang mampu memuatkan 68,530 penyokong itu bakal menyaksikan penampilan terakhir Totti selepas 25 tahun membuat penampilan pertama.
Namun ketua jurulatih Roma, Spalletti, tidak pasti mengenai perancangan masa depan pemain berusia 40 tahun itu.
"Ketika ini, tidak ada fokus lain selain daripada Roma dengan Genoa.
"Saya tidak tahu sama ada ia benar-benar akan menjadi perpisahan Totti," katanya kepada Gazzetta dello Sport.
"Dia harus mendedahkan perancangannya dan saya tidak tahu apa yang difikirkannya.
"Sudah tentu, dalam permainan, dia akan mempunyai peluang untuk membantu rakan sepasukannya memenangi tempat ke Liga Juara-Juara."
Totti telah membuat 17 penampilan dalam Serie A musim ini dengan menjaringkan dua gol untuk membantu Roma menghuni tangga kedua -- satu mata dipisahkan dengan Napoli dalam perlumbaan untuk tempat kelayakan secara automatik ke Liga Juara-Juara.