Skip to main content

Bola Sepak

Masa depan saya? Kita tengoklah nanti...

ibrahimovic-250517.jpg
Bintang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, tidak terburu-buru dalam menentukan masa depannya selepas menyaksikan pasukannya menjulang kejayaan Liga Europa, awal pagi tadi.

Dipinggirkan kerana kecederaan lutut, Ibrahimovic menonton United meraih kemenangan 2-0 ke atas Ajax dalam perlawanan akhir di negaranya, Sweden.

Ibrahimovic, yang masih belum memeterai kontrak baru untuk musim depan, berkata dia semakin hampir untuk kembali beraksi, namun destinasinya masih samar-samar.

Dalam beberapa minggu lagi, saya akan kembali ke padang," katanya kepada Sky Italia.

"Di mana"? Tengoklah nanti."

Ibrahimovic, 35, menyumbat 28 gol dalam semua kempen bersama United musim ini, sekaligus menutup keraguan bahawa dia bakal bergelut di England.

Bagaimanapun, bekas pemain Sweden itu gembira apabila rakan sepasukannya menambah gelaran Piala Perisai Komuniti dan Piala Liga Inggeris (EFL) dalam kempen musim ini.

"Apabila anda menang, anda sentiasa berasa dalam keadaan baik, anda tidak lagi berasa kesakitan," katanya lagi.

"Saya kesal tidak dapat beraksi dalam perlawanan ini. Ia sesuatu yang normal, saya mahu berada di atas padang tetapi situasi menjadi seperti ini.

"Saya mempunyai peranan yang berbeza, saya menyokong pasukan ini. Namun, apa yang lebih mustahak adalah kami menang. Itu paling penting kerana ia kejayaan sepasukan.

"Anda menang dan kalah bersama-sama. Kini kami menambah satu lagi trofi, yang ketiga pada tahun ini daripada lima trofi yang direbut."



 

Advertisement

Must Watch Video