Skip to main content

Bola Sepak

Masa depan Sanchez akan ditentukan pada penghujung musim ini

26417sanchez.jpg
Pada hari yang sama Arsenal menewaskan Manchester United 2-0 bagi memastikan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan, Alexis Sanchez menjelaskan masa depannya akan ditentukan pada penghujung musim ini.

Pemain kebangsan Chile itu yang menyertai Arsenal daripada Barcelona tiga tahun lalu, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich.

Arsenal kini menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan masih berada di luar kedudukan untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

Sanchez menjelaskan bahawa masa depannya bukan perkara utama yang berada di dalam fikirannya.

"Apa yang mahu saya lakukan adalah untuk menamatkan saingan musim ini dengan baik, cuba untuk melayakkan diri ke UCL, memenangi Piala FA, kemudian saya akan berbincang dengan kelab mengenai masa depan saya," kata Sanchez kepada Sky Sports. 

Dia sekali lagi ditekan dengan situasi ini  selepas pengurus pasukan, Arsene Wenger, menjangkakan Sanchez akan memperbaharui kontraknya yang bakal tamat tahun hadapan.

"Tidak, kami akan berbincang mengenai perkara ini dan mencari apa yang terbaik buat kelab, saya dan Wenger," kata Sanchez.

"Kami akan memulakan perbincangan selepas tamat musim ini. Jika saya berbincang sekarang, ia akan mengganggu tumpuan saya untuk membantu Arsenal layak untuk beraksi dalam UCL dan Piala FA."

Advertisement

Must Watch Video