Skip to main content

Bola Sepak

Masa depan Rodriguez bukan keutamaan Zidane

james-rodriguez-cropped_13x4ve6sc0i5m1taajtyujvz56.jpg
Zinedine Zidane mendakwa masa depan James Rodriguez di Real Madrid bukan keutamaannya walaupun wujud dakwaan pemain perancang itu tidak berminat untuk kekal.

Rodriguez, 28, dikaitkan dengan Napoli dan Atletico Madrid selepas kembali ke Santiago Bernabeu daripada tempoh pinjaman dua tahun di Bayern Munich.

Ketua Eksekutif Atletico, Miguel Angel Gil Marin, memberitahu ESPN semalam bahawa Rodriguez tidak mahu kekal di Madrid dan gergasi LaLiga itu juga tidak lagi mahukannya.

Ditanya mengenai kenyataan itu, Zidane berkata masa depan bintang Colombia itu bukan sesuatu untuk dirisaukannya.

"Ia perihal daripada kelab," katanya.

"Ia sesuatu di antara mereka dan presiden, bukan saya."

Dalam masa sama, Zidane juga kelihatan penat untuk menjawab mengenai Gareth Bale yang dijangka meninggalkan pasukan serta laporan mengenai pemain Manchester United, Paul Pogba, yang menjadi sasaran Los Blancos.

Tatkala pemain tengah, Marco Asensio, bakal terlepas keseluruhan musim akibat kecederaan lutut yang serius, Zidane berkata tiada perubahan mengenai perancangan Madrid.

"Kami bekerja dengan pemain yang ada di sini. Kami memikirkan tentang perlawanan pertama liga," tambahnya.

"Tiada apa yang berubah. Saya tidak fikirkan tentang siapa bakal gantikan Asensio, tidak. Kami terkesan dengan kecederaan itu tetapi terdapat perlawanan esok. Kami akan lihat nanti."

Advertisement

Must Watch Video