Ejen James Rodriguez, Jorge Mendes, tidak tahu mengenai masa depan pemain perancang Real Madrid itu di sebalik mahukan yang terbaik untuk pemain dan kelab LaLiga itu.
Dikaitkan dengan Atletico Madrid dan Napoli, James mengambil bahagian dalam sesi latihan pramusim Real buat kali pertama semalam.
Pencabar LaLiga, Atletico, dan kelab Serie A, Napoli, dilaporkan berminat mendapatkan khidmat bintang Colombia itu selepas dipinjamkan ke Bayern Munich sejak dua musim lalu.
Ditanya mengenai masa depan James, Mendes memberitahu Marca: "Anda perlu bertanya kepada presiden (Florentino Perez) yang berada di sebelah saya.
"Saya hanya mahu yang terbaik untuk pemain dan terbaik untuk kelab."
James – yang mewakili Colombia dalam saingan Copa America bulan lalu -- meledak tujuh gol dalam saingan liga sejak dua musim lalu bersama Bayern.
Menamatkan tempoh bersama juara Jerman itu dengan 15 gol, pemain berusia 28 tahun itu memilih untuk tidak kekal secara tetap di Munich.