Skip to main content

Bola Sepak

Martinez puji Belgium bangkit sebelum menang

belgium.jpg
Roberto Martinez memuji "keperibadian luar biasa" pemain Belgiumnya setelah menang 3-1 ke atas Wales awal pagi tadi.

Belgium ketinggalan dalam saingan kelayakan Piala Dunia di Leuven selepas jaringan pembukaan Harry Wilson pada minit ke-10 dalam saingan Kumpulan E.

Tetapi mereka bertindak balas dan berada di depan sebelum tamat separuh masa pertama hasil jaringan Kevin De Bruyne dan Thorgan Hazard, sebelum penalti Romelu Lukaku pada minit ke-73.

Jurulatih Belgium, Martinez, berpuas hati dengan perwatakan ditampilkan pasukannya selepas ketinggalan sebelum bangkit mengatasi Wales buat pertama kali sejak September 2012.

"Kami tahu bahawa ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Itu tidak berbeza, tetapi saya rasa ia menjadi lebih sukar daripada yang kita jangkakan," katanya.

"Pada saat kami dibolosi saya fikir Wales menyesuaikan diri dengan permainan lebih baik daripada kami.
 

"Kami menjaringkan dua gol yang sangat baik dari permainan terbuka pada babak pertama dan kemudian pada babak kedua walaupun kami tidak mencipta banyak peluang, setiap kali kami berada di depan gawang nampaknya kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Sangat gembira dengan keperibadian luar biasa yang ditunjukkan oleh pemain hari ini."

Belgium meneruskan kempen kelayakan berkunjung ke Republik Czech Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video