Skip to main content

Bola Sepak

Martinez jangka tiada kejutan

romelu-lukaku-cropped_wtjuy2n87g9e1jhhhydmvdngc.jpg
Jurulatih Belgium, Roberto Martinez, tidak menjangkakan sebarang kejutan daripada Jepun dalam pusingan 16 Piala Dunia ketika Maya Yoshida bersiap sedia menghadapi cabaran Romelu Lukaku yang cergas sepenuhnya.

Selepas mengalahkan England 1-0 di Kaliningrad untuk mengungguli Kumpulan G, Belgium menempah pertemuan dengan Samurai Biru di Rostov-on-Don, Selasa ini, dengan tempat di peringkat suku akhir untuk dimenangi.

Martinez menyelia kemenangan 1-0 ke atas Jepun dalam perlawanan persahabatan November lalu sebelum Vahid Halilhodzic dipecat dan digantikan oleh Akira Nishino tetapi jurulatih Red Devils kelahiran Sepanyol itu tetap berasa dia tahu apa yang berlaku.

"Kami bermain perlawanan yang sangat menghiburkan di Bruges tidak lama dahulu," katanya.

"Ada pertukaran jurulatih tapi bukan perubahan sebenar dalam skuad, mereka sangat teratur, dinamik.  Secara teknikal, bola sepak Jepun sangat kuat dan kami mengharapkan pasukan yang sangat kompetitif. Tidak akan ada kejutan besar."

Martinez, yang telah mengisytiharkan Lukaku, Thomas Vermaelen dan Vincent Kompany cergas untuk bermain di Rostov Arena, berkata mengenai potensi pasukannya untuk melepasi laluan peringkat kalah mati: "Untuk berjaya dalam Piala Dunia bukanlah tentang menghadapi lawan yang semua orang harapkan akan memberi laluan mudah untuk dilepasi.

"Saya tidak fikir bahawa dalam Piala Dunia kamu boleh berjaya dengan cuba berharap untuk mendapatkan laluan mudah. ​​Kami melihatnya dalam Euro dua tahun lalu."

Lukaku menjaringkan gol kemenangan untuk Belgium dalam perlawanan persahabatan tahun lalu dan pemain pertahanan tengah Southampton, Yoshida, sedar kesukaran yang dihadapinya berdasarkan pengalamannya beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

"Kami tidak pernah sampai ke suku akhir sebelum ini," kata pemain pertahanan itu.

"Ia satu cabaran baru bagi kami untuk mendapatkannya dan berharap kami akan membuat sejarah baru untuk bola sepak Jepun.

"Saya tahu Lukaku adalah pemain yang hebat dan saya tidak boleh mengekangnya seorang diri. Kami perlu berjuang dan bertahan sebagai satu kumpulan dan menyerang sebagai satu kumpulan."

Advertisement

Must Watch Video