Skip to main content

Bola Sepak

Martinez berang Inter pamer aksi longlai

lautaro-martinez_8c6fznnpgc111avwuwpgoiekw.jpg
Lautaro Martinez merungut prestasi Inter dalam saingan Serie A musim ini selepas mereka tewas mengejut 1-0 menentang Bologna, dengan penyerang mendesak mereka perlu berubah.

Jaringan Riccardo Orsolini menyaksikan pelawat tersungkur di Stadio Renato Dall'Ara, ketinggalan 18 mata di belakang Napoli di puncak liga.

Setelah terlepas Scudetto kepada Milan musim lalu, pasukan San Siro itu berharap untuk melakukan cabaran serius untuk merampas semula mahkota mereka musim ini.

Bagaimanapun, di sebalik prestasi hambar mereka musim ini, Martinez mengakui sesuatu perlu berubah untuk pasukan bimbingan Simone Inzaghi.

"Adalah salah untuk bercakap terlalu banyak dalam situasi panas sebegini," katanya kepada Sky Sport Italia. “Tetapi apa boleh saya katakan kami tidak akan ke mana-mana jika bermain seperti ini.

"Kami perlu lebih konsisten. Kami baru sahaja bermain aksi yang hebat dalam Liga Juara-Juara. Kami tiba di sini dengan semangat dan kemudian [kami] menunjukkan prestasi ini.
 

"Kami perlu bangkit dan terus ke hadapan, kerana kami tidak akan sampai ke destinasi dengan permaina seperti ini."

"Bologna adalah pasukan yang baik. Mereka bermain lebih baik daripada kami hari ini dan berhak untuk menang. Kami perlu lebih konsisten, seperti ketika menentang Porto."

Inter seterusnya bertemu Lecce, diikuti dengan pertembungan di tempat sendiri menentang Spezia menjelang perlawanan kedua mereka dengan Porto dalam Liga Juara-Juara.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video