Skip to main content

Bola Sepak

Marseille lengkapkan perpindahan Strootman

kevin-strootman-cropped_1t7zs0hokgf7u1a5pd3xqknjkt.jpg
Olympique Marseille akhirnya menyelesaikan perpindahan Kevin Strootman daripada AS Roma menerusi perjanjiann bernilai EUR25 juta (RM120 juta).

Tonggak skuad kebangsaan Belanda itu bersetuju dengan kontrak yang tidak dinyatakan tempohnya bersama kelab Ligue 1 itu yang dikendalikan oleh bekas pengurus Roma, Rudi Garcia.

Marseille mengumumkan melalui video Twitter, memaparkan Strootman menggunakan payung terjun untuk tiba di pusat latihan sebelum ditemui oleh pengarah sukan, Andoni Zubizarreta.

Paparan itu diakhiri dengan kelibat Strootman menyarung jersi Marseille sambil menikmati permainan video popular, Fortnite, menggunakan wataknya sendiri.

Pemain tengah itu menyertai Roma menerusi kontrak lima tahun pada 2013 tetapi dia mengalami masalah kecederaan lutut yang serius sehingga menyaksikannya terlepas hampir keseluruhan permainan selama dua tahun sejak 2014.

Dia kembali tampil secara kerap di atas padang pada musim 2016/17 dan memainkan peranan utama ketika pasukannya mara ke separuh Liga Juara-Juara Eropah, musim lalu.

Menurut laporan di Itali, Strootman mahu kekal di Stadium Olimpico dan menangis ketika memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia tiada lagi dalam perancangan pasukan.

Roma membawa masuk Steven N'zonzi, Javier Pastore dan Bryan Cristante untuk mengukuhkan barisan tengah ketika jendela perpindahan dibuka.
 

Advertisement

Must Watch Video