MONTPELLIER 3 PSG 2
Marquinhos tidak mahu mencipta alasan terhadap prestasi Paris Saint-Germain (PSG) sambil menuntut peningkatan prestasi daripada rakan sepasukannya.
PSG dinobatkan juara Ligue 1 musim ini tetapi hanya menang sekali dalam enam perlawanan terakhir, termasuk tersungkur dalam kempen Coupe de France kepada Rennes, hujung minggu lalu, selain satu lagi tamparan apabila kalah kepada Montpellier, awal pagi tadi.
PSG melakukan banyak kesilapan individu ketika tumbang 2-3 dengan pengurus, Thomas Tuchel, memberi isyarat skuad kecilnya itu mula terkesan selepas mengharungi musim yang sukar.
Namun, Marquinhos tidak berminat untuk bercakap mengenai prestasi PSG kebelakangan ini sambil mengakui mereka seharusnya bermain dengan lebih baik.
"Ini adalah tempoh yang sukar dan dalam tempoh ini, kami perlu berusaha," kata pemain Brazil berkenaan kepada pemberita. "Mesej ini akan saya sampaikan di dalam bilik persalinan.
"Bola sepak adalah tentang usaha kolektif. Jika kami tidak memikirkan antara satu sama lain, terutama pada masa-masa sukar, maka....
"Apabila semuanya berjalan dengan baik, mudah untuk beraksi dan memenangi perlawanan.
"Bagaimanapun, kami mempunyai tanggungjawab. Kami sedar betapa besarnya reputasi PSG dan sejauh mana kami dibenci dan dikasihi oleh orang lain. Kami perlu menghadapi tekanan dan tetap bersatu jika kami mahu ke arah itu.
"Ini adalah musim yang paling rumit yang pernah saya tempuhi. Kami mempunyai beberapa detik sukar sebelum ini tetapi biasanya kami dapat segera mengatasinya dengan menghadapinya dan terus tampil dengan jawapan.
"Buat sementara waktu, kami tidak mempunyai jawapan itu.
"Kami tidak bermain dengan baik, ada empat perlawanan lagi dan kami tidak boleh bermain dan terus kalah.
"Kami adalah PSG, kami adalah juara. Kami perlu tampilkan sesuatu yang berbeza."